Syamsul: KL Gangster 3 Finale Bakal Ke Pawagam

Filem “KL Gangster” dan “KL Gangster 2” terbitan Skop Productions berjaya mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton hinggakan kutipannya mencecah RM11.74 juta dan RM4.96 juta.

Menurut pengarah dan pelakon filem KL Gangster dan KL Gangster 11, Syamsul Yusuf, filem KL Gangster 3 The Finale bakal membariskan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Aaron Aziz, Soffi Jikan, Datuk Rosyam Nor, Zizan dan Adam Corie.

Sebelum ini beliau pernah memberi bayangan bahawa filem tersebut akan menemui penonton dan peminatnya pada tahun 2022.

:Kepada peminat, kita santai dulu sampai keadaan negara betul-betul pulih”.





“In Sya Allah, masanya akan sampai”.

“Jika Allah SWT izin, kita akan mulakan penggambaran”.

Bagaimana pun, beliau akur dengan keadaan semasa yang menyaksikan negara belum sepenuhnya pulih daripada penularan wabak Covid-19 yang menjadi punca penangguhan penggambaran filem KL Gangster 3 The Finale.

Penutupan sektor perfileman dan penggambaran pada waktu yang sangat lama ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga telah menyebabkan dirinya juga terkesan.

“Penggiat filem dilanda banyak halangan kerana masalah Covid-19”.





“Termasuklah saya sebagai pengarah dan penerbit,” jelas Syamsul.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak dijadikan sebagai satu pemutus semangat untuk dirinya bangkit meneruskan hasrat tersebut.

“Ini semua takkan menjatuhkan semangat saya untuk hasilkan filem KL Gangster 3 The Finale”.

Perkongsian tersebut telah disambut dengan penuh semangat oleh rakan-rakan artis yang mengikuti akaun Syamsul termasuk Zizan Razak dan Adam Corie termasuk peminat-peminat karya Syamsul yang setia menyokong selama ini.

 





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker