Tahanan penjara Israel gali terowong sejak Disember lalu

Polis dan wartawan berkumpul di sekeliling sebuah lubang yang digali oleh enam warga Palestin yang melarikan diri dari penjara Gilboa. – Foto AFPTahanan penjara Israel gali terowong sejak Disember lalu

RAMALLAH: Tahanan Palestin yang lolos dari penjara keselamatan tinggi Israel bulan ini mula menggali terowong Disember lalu, kata peguam dua banduan yang melarikan diri dan ditahan, semalam.

Enam tahanan melarikan diri dari penjara Gilboa di utara Israel pada 6 September lalu, selepas menggali terowong di bawah sinki di penjara mereka.

Pasukan keselamatan Israel melancarkan pemburuan besar-besaran terhadap tahanan terbabit di Israel dan Tebing Barat dan berjaya menahan semula empat daripada tahanan itu.

Peguam mewakili dua tahanan yang ditangkap, Mahmud Abdullah Ardah dan Yaqub Qadri, semalam mendedahkan perincian pelan mereka.





“Mahmud memberitahu saya, dia mula menggali (terowong) pada Disember lalu,” kata peguamnya, Roslan Mahajana selepas mengunjunginya ketika dalam tahanan.

Mahmud yang mendakwa bertindak sebagai arkitek pelan itu, berkata dia menggunakan sudu, piring dan pemegang cerek untuk menggali terowong dari sel penjara.

“Mereka mula menyoalnya selepas ditahan kerana percaya dialah yang merancang dan melaksanakan operasi,” kata peguam Mahmud.

Peguam Yaqub memberi penjelasan sama mengenai kejadian itu.

“Yaqub memberitahu saya, proses itu bermula 14 Disember lalu, dan itulah yang dia beritahu penyiasat Israel,” kata Hanane Khatib.





Dalam wawancara bersama stesen televisyen Palestin, peguam itu berkata, anak guamnya ‘sangat gembira walaupun ditahan kerana dia dapat berkeliaran selama lima hari’ hingga penahanannya.

Katanya, tahanan tidak merancang untuk melarikan diri 6 September lalu, tetapi bergegas meneruskannya pada hari itu kerana takut pengawal mencurigai dan melihat perubahan di dalam sel mereka. – AFP

Tahanan penjara Israel gali terowong sejak Disember lalu


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati LamanĀ Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/16/china-tambah-kapal-peronda-di-laut-china-selatan/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker