Taufan Nicholas badai Texas, Louisiana
Gambar menunjukkan jalan utama Galveston, Texas di Amerika Syarikat (AS) dinaiki air selepas dilanda Taufan Nicholas. – Foto AFP
TEXAS: Taufan Nicholas yang bergerak perlahan melepasi pantai teluk kelmarin mengakibatkan Texas dan Louisiana dilanda hujan lebat serta banjir.
Kebanyakan jalan utama ditenggelami air, menyebabkan ribuan rumah dan perniagaan terputus bekalan elektrik.
Kerosakan akibat Nicholas menyusul dua minggu selepas Taufan Ida mengorbankan lebih 80 orang merentasi sekurang-kurangnya lapan negeri di Amerika Syarikat (AS) dan memusnahkan banyak kawasan di pesisiran Louisiana berdekatan New Orleans.
Belum ada kematian dilaporkan akibat Nicholas, yang makin lemah menjelang petang kelmarin, sejak ia melanda di sepanjang pantai teluk Texas awal pagi kelmarin, dengan kederasan angin 121 kilometer sejam (km/j).
Disyorkan Untuk Anda :
- PARLIMEN: AZALINA MAHU FUNGSI PEGUAM NEGARA DAN PENDAKWARAYA DI ASINGKAN
- PEMINAT IPHONE BOLEH MULA ‘SAVING’, IPHONE 13 MASUK MALAYSIA OKTOBER INI
- ALHAMDULILLAH, AKHIRNYA IMAM BESAR MASJID PUTRAJAYA TAMPIL MINTA MAAF (VIDEO)
- PANAS!!! VIDEO AHMAD SAID ‘TELANJANGKAN PAS’ DALAM DUN TERENGGANU
Nicholas membawa hujan antara tiga hingga tujuh sentimeter merentasi rantau itu kelmarin, menurut Perkhidmatan Cuaca Nasional (NHC).
Ahli kaji cuaca sebelum ini memberi amaran mengenai paras hujan berbahaya ketika Nicholas membentuk taufan di pantai Texas menuju ke daratan.
“Ia turut membawa hujan lebat, angin kencang, dan ribut ke bahagian tengah serta pesisiran pantai Texas, kata NHC.
“Ada kemungkinan berlaku banjir kilat yang mengancam nyawa, terutama di kawasan metropolitan dan bandar,” menurutnya melalui buletin terbaru.
NHC, yang berpangkalan di Miami, berkat pusat taufan itu terletak kira-kira 30 kilometer (km) ke tenggara Matagorda di Teluk Mexico, yang hanya beberapa kilometer di barat daya Houston, bandar terbesar di Texas.
NHC mengeluarkan peringatan lonjakan ribut di sebahagian besar pantai, yang bermaksud terdapat bahaya mengancam nyawa daripada peningkatan paras air dari garis pantai.
“Ini adalah keadaan yang mengancam nyawa,” katanya, mengingatkan penduduk di daerah itu supaya mengambil semua tindakan yang diperlukan bagi melindungi nyawa serta harta benda.
Datuk Bandar Houston, Sylvester Turner, berkata bandar itu diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.
Pihak berkuasa membina sekatan, menggerakkan pejabat pengurusan kecemasan dan menggesa penduduk mengambil langkah keselamatan tambahan.
“Saya menggesa semua orang jangan berada di jalan apabila matahari terbenam dan mengelak memandu malam ini hingga esok kerana kita menjangkakan hujan lebat,” katanya melalui Twitter. – AGENSI
Taufan Nicholas badai Texas, Louisiana
Disyorkan Untuk Anda :
- ULANGTAHUN KE 2 MN: APAKAH AIRMATA KEHILANGAN SUDAH MENGGANTIKAN AIRMATA KESYUKURAN?
- KANAK-KANAK LIMA TAHUN ANTARA YANG MAUT DALAM KEJADIAN TANAH RUNTUH
- MUKHRIZ: ISMAIL SABRI PERNAH JANJI LANTIK DR MAHATHIR PENGERUSI MPN
- KKM BERI AMARAN LONJAKAN KES COVID-19 DARI VARIAN BARU
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/16/kakitangan-awam-as-wajib-suntik-vaksin-sebelum-22-november/