Tengku Zafrul Kena Troll, Tapi Betul Apa Yang Adik Nie Cakap

Edisi Siasat mendapat satu hantaran video klip dari kawan yang menunjukkan bagaimana seorang anak muda troll Menteri Kewangan, Tengku Zafrul.

Dalam video pendek yang berdurasi 59 saat itu, anak muda itu mempersoalkan pendapatan lumayan yang diperolehi oleh ahli politik yang menjawat jawatan Menteri dan Timbalan Menteri.

Edisi Siasat bersetuju dengan lontaran pendapat anak muda berkenaan.

Dalam keadaan negara sedang menghadapi masalah ekonomi dan kehidupan rakyat begitu tertekan, Menteri dan Timbalan Menteri menikmati pelbagai kemewahan yang ditanggung rakyat.

Tahniah anak muda, suarakan isi hati anda, tetapi, gunakanlah bahasa yang bersopan supaya bersesuaian dengan prinsip Rukun Negara ke 5, Kesopanan dan Kesusilaan.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker