TMJ tabik Penang, nasihat Kedah jaga kebajikan pemain

TMJ tabik Penang, nasihat Kedah jaga kebajikan pemain
Pemain pasukan Penang FC, Anselmo Arruda Da Silva meraikan jaringan gol ketika menentang pasukan Terengganu FC (TFC) pada aksi terakhir Liga Super di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, Ahad lalu. Kejayaan Penang FC duduki tempat ketiga dapat pujian daripada TMJ. – FOTO NSTP/DANIAL SAAD

TMJ tabik Penang, nasihat Kedah jaga kebajikan pemain

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyenaraikan Penang FC, Terengganu FC (TFC) dan Kedah Darul Aman FC (KDA) sebagai tiga pasukan yang berjaya menunjukkan prestasi terbaik sepanjang Liga Super musim ini.

Justeru, tidak mustahil tiga pasukan itu juga boleh dianggap sebagai pencabar utama merebut kejuaraan Piala Malaysia yang akan bermula 25 September ini.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) bagaimanapun berkata Kedah perlu lebih menjaga kebajikan barisan pemain mereka dengan lebih baik atas apa yang disumbangkan skuad Helang Merah.

“Pertama Penang, kerana mereka sudah menjalankan tugas dengan bagus, baru layak ke Liga Super dan berada di mana mereka berada hari ini.






“Setiap tahun, tak kisah apa masalah pun, masalah gaji, tetapi mereka masih memberi sepenuhnya kepada pasukan dan itu saya mengucapkan syabas kepada pemain kerana ada sikap sabar dan sebagainya.

Selain itu, TMJ turut menganggap kehadiran dua pendatang baharu, Negeri Sembilan FC dan Sarawak United dalam Liga Super musim depan sebagai perkembangan yang bagus.

Namun, beliau berharap pemain dan pegawai pasukan Sarawak United lebih berdisiplin susulan terbabit dalam insiden menyerang pengadil baru-baru ini.

“Bagus, tapi kena jaga disiplin staf masing-masing kerana insiden baru-baru ini (menyerang pengadil). Benda itu tak patut berlaku dan FAM ada tindakan lebih keras.

“Kalau tidak benda ini akan berlaku, kita juga kena faham ramai negara jiran yang memerhati sikap kita. Kita nak ada imej yang bagus dalam bola sepak,” katanya.





TMJ tabik Penang, nasihat Kedah jaga kebajikan pemain


 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/16/reaksi-alif-satar-bila-isteri-dikata-tak-lawa/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker