Ulangtahun Ke 2 MN: Apakah Airmata Kehilangan Sudah Menggantikan Airmata Kesyukuran?

14 September 2021 yang lepas, genap usia Muafakat Nasional 2 tahun.

Bermula dari gerakan Penyatuan Ummah antara UMNO dan PAS, yang tercetus dari kerakusan Pakatan Harapan yang didominasi pemerintahannya oleh DAP.

Ibarat si Kaduk naik junjung, DAP cuba merobek kesucian ugama Islam yang menjadi ugama rasmi Persekutuan dan hak keistimewaan bangsa Melayu yang selama ini terpelihara di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini telah menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu Islam di Malaysia.





Mengulangi semangat datuk nenek bangsa Melayu yang bangkit menentang Malayan Union di zaman penjajahan British, ratusan ribu masyarakat Islam di seluruh negara telah berhimpin di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bagi menzahirkan kemarahan mereka.

Baca di sini:

http://theunspinners.blogspot.com/2018/12/pdrm-anggarkan-lebih-197-juta-rakyat.html?m=0

Rentetan dari itu, maka pada 14 September, di PWTC, maka termatri Piagam Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS dalam membentuk kerjasama politik antara kedua-dua parti politik terbesar masyarakat Melayu Islam di Malaysia.





Namun, ibarat disangka panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengahari.

Ikatan yang sudah tersimpul itu sedikit demi sedikit terurai sehinggalah ke hari ini.

Skuad Edisi Siasat tertarik dengan lontaran pandangan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Mokhtar Senik.

Beliau tanpa berselindung menyatakan bahawa perpecahan Muafakat Nasional adalah paling ditakutinya berbanding jika PH berjaya merampas kembali Kerajaan Persekutuan.

“Jika orang bertanya kepada saya, apa yang paling saya takut, PH rampas balik kerajaan ini atau MN pecah?”





“Tanpa ragu saya akan jawab saya lebih takut MN pecah. Kalau ditanya kenapa saya lebih takutkan perpecahan MN berbanding tumbangnya kerajaan ini?

“Saya akan jawab. Jika MN pecah, kerajaan ini juga akan tumbang dan sukar lagi untuk dikalahkan PH dalam keadaan MN sudah berpecah,” akui beliau.

Baca di sini:

https://malaysiadateline.com/pas-akui-sukar-kalahkan-ph-kalau-mn-pecah/

Namun kenyataan yang terhidang di hadapan mata ketika ini adalah sangat berbeza.





Kita menyaksikan semangat kemuafakatan antara UMNO dan PAS di dalam Muuafakat Nasional, semakin hari semakin layu.

Pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS dilihat sudah tidak lagi ghairah bila membicarakan tentang Muafakat Nasional, walau pun di peringkat akar umbi kasih sayang antara mereka masih lagi subur.

Demi ummah, janganlah dibiarkan airmata yang tumpah pada 14 September 2021 kering begitu sahaja.

Selamat menyambut ulangtahun Muafakat Nasional yang kedua.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker