Vaksin Pfizer, AstraZeneca Dan Moderna Akibatkan Gangguan Kitaran Haid

Lebih 30,000 wanita di Britain tampil mendedahkan bahawa kitaran haid mereka terganggu selepas menerima suntikan vaksin.

Selain dari kitaran haid menjadi tidak teratur, mereka juga mengalami kekejangan perut yang lebih teruk dari biasa.

Namun begitu, gangguan tersebut hanya berlaku untuk kitaran haid pertama selepas menerima suntikan dan kembali normal bagi kitaran seterusnya.

Gangguan kitaran haid sementara ini dikaitkan dengan penerima vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Moderna.





Pensyarah Imunologi Kolej Imperial London, Dr. Victoria Male berkata golongan wanita tidak perlu berasa panik dengan gangguan haid selepas menerima suntikan vaksin kerana ia bersifat sementara.

“Apa yang penting, tidak ada bukti vaksinasi memberi kesan buruk kepada kesuburan”.

“Dalam ujian klinikal, kehamilan yang tidak dirancang terjadi pada kadar sama pada kumpulan yang divaksinasi dan tidak divaksinasi,” jelas Male.

 

Sumber : Kosmo





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker