Hattan: Cucuk Dagu, Cucuk Hidung, Cucuk Dada Boleh Pulak…

Komposer dan penyanyi terkenal, Datuk Hattan, meluahkan rasa kesal atas sikap sesetengah individu, terutamanya golongan artis yang anti vaksin.

Dalam satu hantaran di akaun Facebook beliau, Hattan mengeluh dengan mengatakan:

“Tak faham dengan setengah-setengah artis anti vaksin..ni..cucuk hidung cucuk dagu..cucuk dada boleh pulak..entahlah..”





Baca di sini:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=535633154390878&id=100038325950306

Terdahulu, pengarah terkenal Shahrulezad dan pelakon hebat Fauziah Nawi antara penggiat seni yang menzahirkan rasa kekecewaan terhadap sikap segelintir artis anti vaksin sebelum ini.

Dalam perkongsian mereka, bimbang kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) ditarik semula jika sikap sedemikian terus berlarutan.

Bagi Edisi Siasat, kalau pun kita rasa tidak mahu mengambil vaksin atas sebab tertentu, tiada keperluan untuk mencanangkan keputusan kita kepada dunia, kerana dunia tidak berminat hendak tahu, yang dunia berminat hendak tahu ialah bila kita dapat keluar dari ancaman pandemik Covid-19.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker