Insafilah Mesej Yang Di Sampaikan Dari Langit

Semalam 16 September 2021, negara kita menyambut Hari Malaysia ke 58.

Mungkin bersempena pengumuman Sabah & Sarawak akan mendapat peruntukan pembangunan terbesar dalam Bajet 2022, maka sambutan Hari Malaysia telah dirancang untuk diadakan di Kota Kinabalu, Sabah.

Namun, manusia hanya merancang, tetapi Allah SWT yang akan menentukan.

Secara tidak semena-mena, Sabah dan khasnya Kota Kinabalu dilanda hujan lebat hingga menyebabkan banjir besar di bandaraya tersebut.

Setiap bencana yang Allah SWT turunkan, pasti ada mesej yang tersirat di sebalik bencana yang tersurat.





Sebagai manusia, kita mesti menginsafi, air adalah anugerah nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepada makhlukNya, tetapi apabila nikmat itu diutuskan dengan kemurkaanNya, maka nikmat akan bertukar menjadi bala.

Persoalannya, apakah mesej dari langit ini ditujukan kepada penduduk tempatan atau kepada kerajaan?

Sama-samalah kita fikirkan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker