Jangan Terlalu Ghairah Untuk Bercuti, Negara Belum Bebas Sepenuhnya Dari Covid-19

Kebanjiran  orang ramai mengunjungi pusat rekreasi dan pusat pelancongan menimbulkan kerisauan beberapa pihak.

Walau pun Edisi Siasat setuju, sudah sampai masanya kerajaan melonggarkan SOP yang dikenakan ke atas beberapa sektor ekonomi, namun keghairahan orang ramai yang berpusu-pusu mengunjungi tempat pelancongan menimbulkan kerisauan.

Kosmo melaporkan, pada hari ini sahaja, lebih 2,000 orang telah mengunjungi Pulau Langkawi untuk bercuti.

Baca di sini:

https://www.kosmo.com.my/2021/09/16/2000-pelancong-mula-bercuti-ke-pulau-langkawi/





Malah, lebih memeranjatkan lagi, apabila Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri mengumumkan, pelancong dari negeri yang masih berada di Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara dibenarkan untuk mengunjungi Langkawi.

Baca di sini:

https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/160483

Lebih mengejutkan Edisi Siasat, bila Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pula mengumumkan, pelancong yang menaiki pesawat tidak memerlukan surat kebenaran dari PDRM, cuma pelancong yang menggunakan kenderaan melalui jalan darat sahaja dikehendaki meminta surat kebenaran dari PDRM.

Baca di sini:





https://www.utusan.com.my/berita/2021/09/melancong-ke-langkawi-naik-pesawat-tak-perlu-surat-polis/

Manakala di pusat percutian Sg Congkak, Hulu Langat Selangor pula, penduduk tempatan melahirkan kebimbangan apabila melihat kebanjiran orang ramai di sana.

Tok Batin Orang Asli Padang, Sungai Congkak, Jaafar Sampit, 55, minta pengunjung berhati-hati supaya tidak dijangkiti Covid-19.

Dia meluahkan kegusarannya berikutan kehadiran pengunjung yang terlalu ramai.





Lebih membuatkannya bimbang, katanya, dia kehilangan isterinya Unang Borhan yang menjadi korban virus berkenaan pada 1 Ogos lalu.

“Isteri saya yang meninggal dunia pada usia 54 tahun di Hospital Kajang itu sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19”.

Jangan pandang mudah virus ini. Saya bukan mahu menyekat ekonomi bergerak.

“Selain isteri meninggal dunia akibat virus, saya dan cucu berusia enam tahun, empat tahun serta dua bulan turut dijangkiti”.

“Hati-hatilah semua,” katanya.





Menurutnya, apa yang dilihat sekarang seolah-olah tidak terkawal.

Edisi Siasat faham, selepas setahun dikurung di rumah kerana terikat dengan pelbagai SOP, sempena cuti umum Hari Malaysia, pastinya orang ramai mahu membawa anak-anak yang juga selama ini terkurung.

Tetapi kita harus ingat, janganlah disebabkan sikap ambil mudah, akhirnya mengakibatkan kita ditimpa penyesalan yang tiada kesudahan.

Virus Covid-19 adalah musuh kita yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Kehadiran pelbagai varian baharu Covid-19 yang jauh lebih agresif dan merbahaya sangat-sangat membimbangkan kerana dilaporkan ia kebal dari vaksin yang diberi.





Pihak kerajaan harus mengkaji semula segala kelonggaran SOP yang telah diumumkan.

Jangan gadaikan nyawa rakyat kerana mahu mendapatkan populariti politik.

Suka atau tidak, mahu atau tidak, kerajaan mesti mengakui, Covid-19 di Malaysia masih lagi belum dapat dikawal.

Jangan lakukan pendekatan ‘try on error’ ke atas nyawa rakyat.

Kita pernah membuat kesilapan apabila membenarkan Pilihanraya Kecil Negeri Sabah diadakan dan harga yang perlu dibayar adalah belasan ribu nyawa rakyat Malaysia yang terkorban akibat Covid-19.

Ingat, ketika itu, kadar jangkitan harian kita cuma 3 digit tetapi sekarang, kadar jangkitan harian kita adalah 5 digit.

Dan jangan lupa, ketika itu belum lagi ada varian Delta, MU dan Lambda, tetapi sekarang ketiga-tiganya dilaporkan sudah berada di Sabah!!!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker