Kambing Membuatkan Christiano Ronaldo Marah

Kerana marah dengan bunyi kambing biri-biri yang kerap mengganggu tidur mereka, Cristiano Ronaldo dan keluarganya terpaksa berpindah ke kediaman baharu.

Ronaldo dan keluarganya sebelum ini menginap di kediaman berharga £6 juta (RM34 juta) di kawasan lebih luas tetapi mereka hanya bertahan tak sampai seminggu angkara biri-biri selain bimbangkan keselamatan.

Walaupun rumahnya tersergam indah dan dikelilingi padang menghijau, ia terletak berdekatan dengan kawasan biri-biri yang sangat bising pada awal pagi.

Kediaman baharunya di Cheshire mempunyai kolam renang, bilik pawagam dan empat garaj kereta untuk menampatkan koleksi kereta mewahnya selain mempunyai kamera CCTV, pagar elektrik dan dipantau pengawal keselamatan.





“Ronaldo seorang pemain profesional sebenar yang memerlukan banyak rehat untuk memulihkan tubuh selepas perlawanan, jadi keputusan terbaik ialah berpindah dari situ”, menurut sumber.

 

Sumber : Harian Metro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker