Kesan Media Sosial: Kerana Tidak Setuju Dengan Keputusan Rakan Maya, Remaja Bunuh Diri

Pakar pernah mengingatkan, internet ibarat pisau.

Kalau digunakan untuk kebaikan, maka kita akan mendapat manfaat dan kalau digunakan untuk keburukan, kita akan mendapat mudharat.

Pemantauan ibubapa terhadap penggunaan media sosial anak-anak sangat penting.

Jangan bila sudah terantuk, baru hendak tengadah.





Kisah ini patut dijadikan pengajaran kepada semua yang bergelar ayah dan ibu.

Itu bukan satu cerita rekaan sebaliknya satu kes benar yang berlaku pada 13 Mei lalu.

Berdasarkan laporan media tempatan, remaja 16 tahun telah ‘merealisasikan’ pilihan netizen yang mengundinya untuk ‘mati’.

Dengan pemikiran yang kurang waras, mangsa didakwa nekad terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan rumah kedai.

Segalanya dipercayai bermula apabila gadis muda itu telah membuat satu undian dalam laman Instagramnya dengan status ‘Really important, help me choose D/L’.





D bermaksud die (mati) dan L merujuk live (hidup).

Selepas undian final dibuat, 69 peratus rakan Instagramnya memilih D manakala 31 peratus lagi memilih L.

Sebelum kejadian, mangsa juga dikatakan sempat membuat catatan di Facebook, ‘Wanna Quit Life I’m Tired’.

Tragedi itu sangat mengharukan.

Sungguh menyedihkan melihat seorang pelajar yang masih mentah membuat kesimpulan mudah untuk meragut nyawanya dengan hanya satu pungutan suara di media sosial.





Keputusan hidup matinya hanya dipertimbangkan melalui alam maya.

Menilai kes berkenaan, masyarakat melabelkan betapa media sosial telah dijadikan satu ‘medium’ untuk membunuh!!!

Kenalilah rakan-rakan maya anak-anak kita serta ketahui topik yang mereka sering bincangkan.

Anak-anak tidak boleh dipersalahkan sekiranya mereka menyalahgunakan kebebasan dan ‘privacy’ yang diberi, tetapi, ibubapalah yang bersalah kerana terlebih memberi kebebasan atas tiket ‘privacy’ anak-anak.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker