Mereka Yang Buat Rayuan BPR Akan Terima Bayaran Mulai Esok

Bayaran bagi rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan mula disalurkan kepada penerima bermula esok.

Menteri Kewangan,Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan rayuan BPR pada penghujung September lalu bersekali dengan penerima bayaran BPR Fasa 3.

Pembayaran rayuan BPR itu akan melibatkan hampir 200,000 penerima BPR dengan anggaran peruntukan sebanyak RM240 juta.

“Permohonan rayuan ini telah dinilai semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memastikan inisiatif bantuan tunai ini dapat disalurkan dan dimanfaatkan oleh golongan yang benar-benar layak”.





Selaras dengan pengumuman kelulusan rayuan BPR itu, kerajaan turut memberi peluang kepada golongan yang lulus rayuan BPR menyertai Program Jaringan Prihatin.

“Tarikh akhir pendaftaran dan penebusan program ini akan dilanjutkan sehingga 30 September depan,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker