Michael Ang: Bawa Anak Berpusu-Pusu Tak Takut Tapi Bila Nak Buka Sekolah Takut

Michael Ang mempersoalkan segelintir ibu bapa kononnya risau apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan tarikh pembukaan semula sesi persekolahan kerana risau keselamatan anak-anak mereka susulan virus Covid-19.

Tapi berpusu-pusu keluar membawa keluarga termasuk anak-anak kecil berkelah di kawasan air terjun atau beberapa lokasi lain berikutan kelonggaran Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 tak pula risau tentang keselamatan anak.

“Selamat Hari Malaysia, tapi layak ke kita sambut?”

“Tidak faham mentaliti segelintir rakyat Malaysia!”





“Bila sekolah nak buka, ibu bapa bising tentang keselamatan anak”.

“Bila kerajaan beri kelonggaran, kau orang boleh pula membawa anak-anak pergi air terjun, bercuti serta berkelah”.

“Berpusu-pusu tak takut pula pasal anak-anak kalian!”

“Tolong fahamkan aku mengenai apa yang kamu semua fikir dan nak?”

Walau pun agak kritis dan pedas apa yang dilontarkan oleh pengarah dan penerbit tersebut, namun Edisi Siasat setuju dengan apa yang beliau katakan.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker