Rakyat Malaysia Tak Takut Covid-19!!! (Video)

Orang ramai ‘menikmati’ sepenuhnya kelonggaran SOP untuk merentas daerah dan negeri sempena cuti Hari Malaysia yang jatuh pada hari Khamis dan mengambil cuti tambahan pada hari Jumaat.

Menerusi klip video yang dikongsi oleh seorang pengguna dikenali sebagai Nan Asklinux, kelihatan deretan kereta bermula dari sebelum plaza tol berkenaan sehingga kawasan mendaki di Bukit Lanjan selepas tol terbabit.

Susulan perkongsian klip video itu, rata-rata netizen mempersoalkan adakah ketika ini kebenaran rentas negeri sudah dibenarkan memandangkan Lembah Klang masih berada di Fasa Dua.

:Meriah betul Tol Jalan Duta semalam, ramai-ramai tu nak balik kampung sempena cuti Hari Malaysia ke?,” soal Kecik Keramat.

Pada masa sama, pengguna laman Facebook turut mengaitkan kesesakan itu dengan kebenaran yang diumumkan kerajaan untuk bercuti ke Langkawi.





“Mungkin mereka semua ini nak ke Langkawi, bersangka baik”.

“Elok juga biar kosong Kuala Lumpur dan Lembah Klang,” sindir Ijat Tol.

Keadaan ini cukup membimbangkan, kerana negara belum sepenuhnya bebas dari wabak Covid-19 dengan kadar jangkitan harian mencecah 5 digit.

Melihatkan keadaan yang seakan tidak terkawal ini, menimbulkan persoalan, apakah kelonggaran SOP yang diumumkan akan dikaji semula atau kerajaan mahu menunggu ribuan lagi nyawa terkorban baru hendak mengambi tindakan?

 





Sumber : Kosmo

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker