SHUIB : DUA HARI DAH DADDY DENGAN AYASH
SHUIB : DUA HARI DAH DADDY DENGAN AYASH
“Dua hari dah daddy dengan Ayash, Alhamdulillah anak yang sihat, anak yang baik, tak banyak perangai, nangis pun kadang-kadang saja. Tapi, kalau nangis tu saja biarkan lama sikit sebab suara Ayash terlalu sedap didengar. Semoga terus sihat dan semoga Allah menjadikan anak yang soleh.
“Doakan kami ya,” tulis pelawak, Shuib Sepahtu, 37, yang berkongsi sekeping foto sedang mendakap anak bongsunya dan bersyukur dipermudahkan segala urusan dalam penjagaan Ayash Affan yang sudah tiga hari dibawa pulang ke rumah.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad menerusi perkongsian di Instagram, memaklumkan bayinya yang berusia 43 hari itu mudah dijaga, tidak banyak ragam dan berada dalam keadaan sihat.
Sementara itu, menerusi perkongsian di Instagram Story pula difahamkan Shuib ada mengadakan majlis bacaan Yassin secara virtual buat isterinya, Allahyarham Siti Sarah yang disertai ahli keluarga, saudara dan kenalan rapat pada malam semalam bersempena hari lahir arwah ke-37, pada tanggal 15 September.
Sementara itu, anak-anaknya yang lain turut membantu dalam menjaga Ayash: “Punyalah sayang kat adik Ayash, Kakak Dekta tidur jam 1 pagi malam tadi bergilir jaga dengan daddy. Dekta siap cakap nak belajar buatkn susu untik Ayash nanti. Uwais dan Matin pun tolong Dekta jaga baby Ayash.
“Alahaii.. mesti ibu happy tengok anak-anak dia dah pandai nak uruskan adik. Ini pun diaorang terperap je kat bilik teman adik Ayash…,” tulis pengendali akaun Instagram arwah Siti Sarah.
Sebelum ini, Shuib berkongsi video berdurasi satu minit dan 20 saat di Instagram yang memaparkan dia bersama tiga anaknya, Uwais, Talita dan Matin melawat ke kubur Siti Sarah untuk membaca Yassin dan doa buat Allahyarham.
SHUIB : DUA HARI DAH DADDY DENGAN AYASH
Disyorkan Untuk Anda :
- ULANGTAHUN KE 2 MN: APAKAH AIRMATA KEHILANGAN SUDAH MENGGANTIKAN AIRMATA KESYUKURAN?
- KANAK-KANAK LIMA TAHUN ANTARA YANG MAUT DALAM KEJADIAN TANAH RUNTUH
- MUKHRIZ: ISMAIL SABRI PERNAH JANJI LANTIK DR MAHATHIR PENGERUSI MPN
- KKM BERI AMARAN LONJAKAN KES COVID-19 DARI VARIAN BARU
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/16/syamsul-kl-gangster-3-finale-bakal-ke-pawagam/