TMJ Dedahkan Memang Peja Cakap Penyelenggaraan Padang SBNJ Sahaja RM10 Juta

Rupa-rupanya kenyataan yang Menteri Belia & Sukan, Ahmad Faizal Azumu @ Peja, yang Tengku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim @ TMJ, tersilap tafsir bahawa kos penyelenggaraan sebanyak RM10 juta adalah untuk semua padang bolasepak di Malaysia dan bukan hanya padang SBNJ adalah untuk menutup tembelang Peja sendiri.

https://edisisiasat.com/2021/09/15/isu-kos-penyelenggaraan-padang-jangan-sampai-keluar-surat-padang-karam-yer/

Perkara ini didedahkan oleh TMJ sendiri dengan membidas Peja supaya jangan tukar cerita isu padang SBNJ kerana baginda ada ramai saksi.

“Saya ada ramai saksi malam itu beliau cakap 10 juta, apabila saya tanya berapa bajet buat padang SNBJ. Jadi, jangan tukar cerita,” tulis baginda dalam akaun Instagram malayantigersfan.





Selepas ini kita tunggu pula apa penjelasan dari Peja, cuma Edisi Siasat hendak ingatkan sekali lagi, jangan sampai keluar pula Surat Padang Karam, nanti tak pasal-pasal pejabat KBS kena serbu SPRM.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker