Video Wanita ‘Kerjakan’ Adik Kandung Yang Curang Dapat 4.3 Juta Tontonan

Gara-gara curang dengan suami kakak sendiri, seorang wanita telah ‘dikerjakan’ oleh kakaknya di pejabat.

Dalam sebuah video, seorang isteri menyerang adiknya sendiri yang sedang menjalani temuduga di sebuah syarikat kerana curang dengan suaminya.

Video yang telah meraih 4.3 juta tontonan di Twitter menyaksikan wanita berkenaan masuk ke dalam bilik temuduga dan menarik rambut adiknya yang tidak sedar akan kehadirannya sehingga terjatuh dari kerusi.

Wanita itu kemudiannya telah menumbuk adik beliau berkali-kali sementara penemuduga di dalam bilik itu meminta dia untuk menghentikan keganasan tersebut.

Wanita itu mendedahkan bahawa adiknya itu telah curang bersama suaminya, sebelum memberitahu adiknya supaya tidak lagi bercakap dengannya.





Wanita tersebut kemudian berjalan keluar dengan hati yang puas sebelum kakitangan pejabat sempat memanggil sekuriti, sementara pekerja lain hanya berdiri tercengang menyaksikan apa yang berlaku.

“She’s my sister! She slept with my husband!” Like she was expecting the interviewer to go, “Oh, that’s understandable, please continue,” jelas wanita itu sebelum berlalu pergi.

 

Sumber:

Twitter @59Dallas





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker