57 Jangkitan Baru Covid-19 Di Rekodkan Di Langkawi

Berbagai pihak sudah memberikan peringatan kepada kerajaan akan risiko membenarkan kebanjiran pelancong di Langkawi dalam keadaan Covid-19 masih belum dapat dikawal sepenuhnya.

Malah, Edisi Siasat juga telah menyuarakan kekesalan atas keputusan yang telah dibuat.

Baca di sini:

https://edisisiasat.com/2021/09/17/jangan-terlalu-ghairah-untuk-bercuti-negara-belum-bebas-sepenuhnya-dari-covid-19/





Apa yang dibimbangi kini sudah mula menjadi realiti.

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah melaporkan, sehingga pukul 12:00 tengahari tadi, terdapat penambahan 57 kes jangkitan baharu Covid-19 di Langkawi dalam masa 24 jam.

Ianya adalah peningkatan sebanyak 36 kes dari yang dilaporkan sehari sebelumnya.

Ini menjadikan kes aktif Covid-19 di Langkawi untuk hari ini 18 September 2021 adalah sebanyak 598 kes.

Walau pun laporan Jabatan Kesihatan Kedah melaporkan kesemu kes Covid-19 yang dikesan adalah kes jangkitan penduduk tempatan, namun kebimbangan sekarang ialah, apakah jaminan pelancong yang balik dari Langkawi bebas dari jangkitan Covid-19?





Adakah pelancong dimestikan untuk membuat unian saringan sebelum mereka keluar dari Langkawi?

Jangan lupa, kes aktif Covid-19 di Langkawi adalah sebanyak 598 kes!!!

Dan kini, ada cadangan untuk membuka Langkawi kepada pelancong luar negara.

Dan cadangan itu datangnya dari Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Mahiaddin Md Yasin.

Komen Edisi Siasat cuma satu, inilah akibatnya mengambil orang yang sudah terbukti gagal untuk mengetuai program pemulihan negara!!!





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker