AS akui tersilap serangan dron di Kabul

AS akui tersilap serangan dron di Kabul
WASHINGTON: Komander tentera Amerika Syarikat (AS), Jeneral Kenneth McKenzie mengakui tentera negara itu tersilap ketika melancarkan serangan dron di Kabul bulan lalu yang menyebabkan 10 orang awam terkorban, termasuk kanak-kanak.
Beliau berkata, serangan berkenaan mensasarkan suspek pengganas Daesh selepas pihak perisikan menerima maklumat kumpulan terbabit dipercayai mahu melancarkan serangan di lapangan terbang Kabul, pada 29 Ogos lalu.
“Serangan itu satu kesilapan yang tragik,” kata McKenzie kepada pemberita selepas siasatan berakhir sambil menambah kerajaan mengkaji pampasan setimpal yang patut dihulurkan kepada keluarga mangsa yang terbunuh.
Serangan dron itu mengorbankan 10 orang termasuk tujuh kanak-kanak dan McKenzie mengesahkan tiada seorang pun mangsa mempunyai kaitan dengan Daesh.
Bagaimanapun, McKenzie mempertahankan serangan dron itu berikutan beberapa hari sebelum itu, lapangan terbang Kabul diserang ketika AS sibuk membawa keluar tentera dan warganya keluar dari Afghanistan, akhir bulan lalu.
Disyorkan Untuk Anda :
- RAKYAT MALAYSIA TAK TAKUT COVID-19!!! (VIDEO)
- GEMPAR!!! VIDEO MENUNJUKKAN RAMBUT TERKELUAR DARI KUBUR
- DI CEKUP DALAM KEADAAN BERPELUH DALAM RUMAH JANDA, APA KAU BUAT?
- ULANGTAHUN KE 2 MN: APAKAH AIRMATA KEHILANGAN SUDAH MENGGANTIKAN AIRMATA KESYUKURAN?
Katanya, tiada orang awam dikesan berada di lokasi kejadian ketika serangan itu diluluskan untuk dilancarkan.
“Kami mensasarkan kenderaan ini berdasarkan pergerakannya di sasaran dikenal pasti dan menarik perhatian kami. Jelas sekali, perisikan kami silap,” katanya.
Pada 26 Ogos lalu, pengganas Daesh melancarkan serangan bom nekad di lapangan terbang, menyebabkan 13 tentera AS maut.
Sementara itu, Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin turut memohon maaf terhadap keluarga mangsa yang terkorban dalam serangan berkenaan.
“Saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka yang terbunuh. Kami memohon maaf dan amat menyesal dengan kesilapan mengerikan ini,” katanya dalam kenyataan.
Austin turut mengesahkan lelaki Afghanistan yang terkorban dalam serangan itu, Ezmarai Ahmadi, seorang petugas kumpulan bantuan AS, tiada kaitan dengan Daesh. – AFP
AS akui tersilap serangan dron di Kabul
​Disyorkan Untuk Anda :
- PEJA DALAM SENARAI MENTERI PERTAMA YANG AKAN DI GUGURKAN?
- MEREKA YANG BUAT RAYUAN BPR AKAN TERIMA BAYARAN MULAI ESOK
- AMEERA KHAN BERCINTA DENGAN JEFRI NICHOL?
- BUAYA 500 KG TUMPAS DI TANGAN NELAYAN
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/18/newcastle-leeds-terikat-di-st-james-park/