Buaya 500 Kg Tumpas Di Tangan Nelayan

Sekumpulan nelayan berjaya menangkap seekor buaya sepanjang 3.7 meter dan seberat kira-kira 500 kilogram (kg) di perairan Pantai Bersih sebelum membawa ke Jeti Bagan Ajam di Butterworth, di sini hari ini.

Buaya berkenaan ditangkap kira-kira pukul 6.45 petang selepas dilihat timbul di permukaan laut.

Nelayan yang melihat kehadiran reptilia itu mengambil masa kurang sejam untuk menangkap menggunakan pukat.

“Ketika polis tiba, buaya itu telah berjaya dinaikkan ke pantai oleh orang awam ke kawasan berhampiran deretan kedai makan di Kampung Contoh”.





“Buaya telah dipindahkan ke Pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah SPU,” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor.

Sanng bedal terbabit kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi tindakan lanjut.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker