Di Cekup Dalam Keadaan Berpeluh Dalam Rumah Janda, Apa Kau Buat?

Seorang lelaki yang sedang menyorok di bawah katil rumah seorang janda ditahan ketika pegawai masjid bersama anggota polis melakukan pemeriksaan di sebuah rumah kampung di Kota Sarang Semut.

Lelaki berusia 32 tahun itu berbuat demikian kerana bimbang dicekup khalwat kerana menumpang di rumah janda berusia 33 tahun.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pada serbuan jam 7.30 pagi tadi, lelaki yang bekerja di kedai besi itu memberi alasan menumpang di rumah wanita berkenaan.

Bapa wanita itu dipercayai sakit dan ketika inilah lelaki itu mengambil kesempatan menumpang di rumah wanita berkenaan.





Pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen membuktikan mereka pasangan suami isteri atau mahram.

Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker