Ketahui Kelebihan Berkahwin Dengan Janda

Kalau dahulu, apabila hendak memilih calon isteri, kebanyakan anak muda sudah hampir pasti akan memilih anak dara.

Budaya ini diperkuatkan lagi dengan kehendak keluarga dan pandangan negatif masyarakat terhadap golongan balu atau janda.

Namun kini segala-galanya sudah berubah.





Status anak dara kepada seorang wanita tidak lagi menjadi pilihan utama para pria untuk dijadikan isteri.

Malah, trend terkini menyaksikan, ramai anak-anak muda memilih balu atau janda sebagai pasangan hidup mereka.

Mengapa?

Berikut disenaraikan beberapa sebab mengapa golongan balu atau janda menjadi pilihan anak muda.





Pertama, seorang wanita yang menyandang status janda tahu lebih banyak tentang seorang lelaki, tentang hubungan lelaki dan wanita.

Sekurang-kurangnya dia telah mempunyai pengalaman yang cukup.

Tidak hanya itu, wanita seperti ini boleh memahami dunia batin seorang lelaki, sehingga dia faham betul apa yang harus dilakukan dan tidak perlu dilakukan.

Hal ini tentu akan membantu seorang lelaki memiliki perasaan tenang dalam menjalani hubungan asmaranya.

Kedua, seorang janda yang telah mempunyai anak akan cenderung tidak ingin banyak bermimpi tentang hubungan.





Ertinya dia sama sekali tidak memerlukan seorang yang romantis, penuh dengan kata manja, drama, dan sebagainya.

Dia mungkin telah banyak bermimpi di perkahwinan pertamanya.

Dia tidak akan banyak menuntut saat menjalani hubungan dengan suaminya.

Ketiga, pengalaman masa lalunya mungkin telah banyak mendidik tentang apa yang harus diberikan pada suami dan bagaimana dia membuat seorang lelaki benar-benar memainkan peranannya di rumah tangga.

Hal ini akan dapat dilihat pada kebebasan dan ruang yang cukup untuk anda menjadi seorang suami yang semestinya.





Terlebih lagi dia akan mengajarkan banyak pelajaran hidup dalam membina rumah tangga.

Selain itu, peranan seorang isteri bagi dia akan lebih sempurna lagi.

Sebab tentunya dia tidak ingin gagal untuk kali kedua dalam menjadi seorang isteri.

Keempat, seorang ibu tunggal mampu melakukan pelbagai perkara sendirian.

Pergi kemana pun sendiri tanda ditemani oleh sesiapa.





Yang menjadi titik penting bagi adalah dia boleh mengurus dirinya sendiri ketika suami meninggalkannya untuk bekerja.

Suami tidak perlu bimbang kerana dia tidak akan manja dan menyusahkan suami.

Kelima, ketika seorang wanita memutuskan bercerai dari perkahwinan pertamanya, tentu tidak mudah.

Biasanya hal itu dicetuskan oleh kurangnya kebahagiaan dalam rumah tangga.

Tentu dia akan sangat menghargai itu ketika berkahwin untuk kali kedua dengan suami baru.

Dia akan sangat mengutamakan keharmonian rumah tangga, peranan seorang isteri yang baik, serta tidak akan banyak pertengkaran di dalam rumah.

Ini akan menjadi titik untuk suami yang mahukan rumah tangga yang harmoni.

Dia sudah cukup mengetahui selok-belok dan liku-liku rumah tangga.

Menurut seorang penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI), Rasulullah SAW menggalakkan lelaki memilih yang wanita yang lebih muda untuk dijadikan isteri, namun ianya bukanlah wajib.

Namun begitu, kebahagiaan rumahtangga bukanlah hanya bergantung kepada status dara atau janda isteri seseorang tetapi lebih banyak bergantung kepada keredhaan Allah SWTA, keredhaan keluarga dan bagaimana kita mencorakkan keluarga kita mengikut kehendak ugama.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker