NABILA RAZALI RUGI RM2K

NABILA RAZALI RUGI RM2K

NABILA RAZALI RUGI RM2K

“Saya agak terkejut dan sedih apabila dapat tahu Ayo Fried Chicken cawangan Kampung Baru dipecah masuk. Saya faham keadaan sekarang ini semua orang mungkin terdesak mahu cari duit. Tapi saya kesian apabila mereka gunakan pendekatan untuk memecah masuk berbanding minta kerja secara halal.

“Mungkin kalau mereka minta kerja, saya boleh pertimbangkan untuk serap masuk sebagai pekerja,” demikianlah kata penyanyi Nabila Razali apabila perniagaan ayam goreng yang diusahakannya menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan wang dengan jalan mudah.

Menurut Nabila, 29, salah satu cawangan Ayo Fried Chicken yang terletak di Kampung Baru dipecah masuk hingga menyebabkan dia kerugian keseluruhan sekitar RM2,000 termasuk wang tunai RM200. Perkara itu dikongsikan Nabila menerusi video yang memaparkan keadaan kedainya selepas dipecah masuk.
Klik untuk gambar besar





Menjelaskan perkara itu, Nabila akui dia agak terkilan dengan tindakan pelaku kerana menggunakan cara yang salah untuk mendapatkan wang. Kata penyanyi lagu ‘Peluang Kedua’ itu lagi, kejadian itu sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan pekerjanya yang mahu mencari rezeki yang halal.

“Saya berniaga bukan untuk diri sendiri, tapi niat saya untuk berkongsi rezeki dengan pekerja. Apabila situasi ini berlaku, secara tidak langsung ia mengganggu rezeki dan kredibiliti pekerja-pekerja saya. Jadi saya harap benda ini tidak berlaku lagi,” ujarnya.

NABILA RAZALI RUGI RM2K


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/18/taliban-buka-semula-sekolah-untuk-pelajar-lelaki/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker