Newcastle, Leeds terikat di St James’ Park

Newcastle, Leeds terikat di St James’ Park
NEWCASTLE, United Kingdom: Penyerang Perancis, Allan Saint-Maximin menyelamatkan mata buat Newcastle ketika seri 1-1 berdepan Leeds di St James’ Park pagi tadi.
Ejekan kedengaran selepas tamat perlawanan oleh sebahagian daripada 50,000 penyokong Newcastle kerana tidak gembira dengan prestasi kelab berkenaan di bawah pemilik kontroversi Mike Ashley dan pengurus Steve Bruce.
Pemain tengah Brazil, Raphinha memberikan gol pembukaan minit ke-13 buat Leeds apabila hantaran lintangnya dielak Rodrigo dan melepasi penjaga gol Newcastle, Karl Darlow.
Bagaimanapun Newcastle menyamakan kedudukan sebelum tamat babak pertama apabila Saint-Maximin meledak gol solo.
Darlow diberikan penampilan pertama sejak Februari oleh bos Newcastle, Steve Bruce selepas diketepikan kerana dijangkiti COVID-19.
Menggantikan Freddie Woodman, Darlow adalah satu-satunya perubahan dilakukan Newcastle yang tewas 4-1 di tangan Manchester City Sabtu minggu lalu ketika Magpies masih mencari kemenangan pertama dalam kempen musim ini. – AFP
Newcastle, Leeds terikat di St James’ Park
Disyorkan Untuk Anda :
- PEJA DALAM SENARAI MENTERI PERTAMA YANG AKAN DI GUGURKAN?
- MEREKA YANG BUAT RAYUAN BPR AKAN TERIMA BAYARAN MULAI ESOK
- AMEERA KHAN BERCINTA DENGAN JEFRI NICHOL?
- BUAYA 500 KG TUMPAS DI TANGAN NELAYAN
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/18/pele-kembali-ke-icu/