Peja Dalam Senarai Menteri Pertama Yang Akan Di Gugurkan?

Perdana Menteri, Ds Ismail Sabri, semasa membuat pengumuman barisan kabinet beliau telah memberikan tempoh 100 hari kepada semua Menteri dan Timbalan Menteri untuk membuktikan prestasi kementerian masing-masing.

Sumber dalaman memberitahu, seandainya Menteri atau Timbalan Menteri yang sudah dilantik gagal membuktikan kebolehan mereka, besar kemungkinan rombakan kabinet akan diadakan dan Menteri atau Timbalan Menteri yang gagal membuktikan prestasi akan digugurkan.

Mengikut sumber dalaman, antara kementerian yang kini sudah berada dalam senarai Ismail Sabri, sama ada untuk digugurkan atau ditukar ke kementerian lain ialah Menteri Belia & Sukan, Ahmad Faizal Azumu @ Peja.





Bagi Edisi Siasat, memilih Peja untuk menganggotai kabinet sudah merupakan satu kesilapan yang telah dilakukan, namun, Edisi Siasat faham, perlantikan Peja dibuat bukanlah atas kapasiti rekod perkhidmatan yang cemerlang tetapi atas kapasiti jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden PPBM.

Namun begitu, seperti tidak menghargai peluang yang diberi, peringkat awal menjalankan tugas sebagai Menteri Belia & Sukan, Peja sudah melakukan 3 kesilapan yang tidak sepatutnya beliau lakukan.

Pertama, Malaysia menjadi bahan jenaka dunia sukan antarabangsa apabila Peja membenarkan bantahan rasmi dihantar kepada Majlis Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan World Para Athletic (WPA) atas isu pembatalan pingat emas Muhammad Ziyad Zolkefli.

Baca di sini:

http://www.pnbbcportal.com/2021/09/01/malaysia-buat-bantahan-rasmi-selepas-paralimpik-berakhir/





Tidak salah sekiranya bantahan dihantar sekiranya berkaitan isu teknikal pertandingan tetapi pembatalan itu adalah atas isu disiplin kerana Ziyad lewat memasuki ‘call room’, sedangkan kontijen Malaysia sudah dimaklumkan terlebih awal mengenai perkara itu.

Ini membuatkan Malaysia dipandang sebagai negara yang bukan sahaja tidak berdisplin, malah mempertahankan sikap tidak berdisplin.

Kedua, adalah soal integriti Peja sebagai ahli politik.

Seperti yang pernah Edisi Siasat ingatkan kepada Peja, jangan sampai isu kos penyelenggaraan padang akan menyebabkan keluarnya Surat Padang Karam sebagaimana tularnya Surat Perak Karam semasa beliau menjadi Menteri Besar Perak.

Perkembangan terkini, Tengku Mahkota Johor membidas Peja dengan mengingatkan Peja supaya tidak memutarbelitkan cerita mengenai kos penyelenggaraan padang.





Baca di sini:

https://edisisiasat.com/2021/09/17/tmj-dedahkan-memang-peja-cakap-penyelenggaraan-padang-sbnj-sahaja-rm10-juta/

Ketiga, kami di Edisi Siasat tidak boleh hadam bagaimana seorang yang bertaraf Menteri dnanTimbalan Menteri boleh tersilap membuat pengumuman mengenai kebenaran untuk operator pusat gimnasium di negeri Fasa 2 dan Fasa 3 beroperasi semula.

Baca di sini:

https://mykmu.net/2021/09/17/peja-buat-lawak-gimnasium/





Dan yang terakhir ialah apabila Peja cuba campurtangan dalam pengurusan Liga Bolasepak Malaysia untuk memastikan skuad bolasepak Perak kekal di dalam Liga Super.

Baca di sini:

https://edisisiasat.com/2021/08/31/ahmad-faizal-mohon-maaf-isu-liga-super/

Dari rekod perkhidmatan pula, Peja telah dua kali gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik, sekali sebagai Menteri Besar Perak dan lagi sekali sebagai Pensihat Perdana Menteri bertaraf Menteri.

Peja tidak ada kualiti sebagai seorang pemimpin bukan di atas faktor beliau sahaja, malah turut didokong oleh orang-orang yang rapat dengan beliau, ibarat kata pepatah, harap sokong tapi sokong membawa rebah.





Kesimpulannya, seandainya nama beliau sudah tersenarai dalam calon yang akan digugurkan, maka sebaik-baiknya gugurkan sahaja kerana dalam keadaan sekarang, kejayaan bukanlah pilihan untuk Ismail Sabri tetapi WAJIB.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker