Pele kembali ke ICU

Pele kembali ke ICU
Pele kembali ke ICU kerana kesukaran bernafas tetapi stabil. – AFP

Pele kembali ke ICU

SAO PAULO: Legenda bola sepak Brazil, Pele, 80, kembali ke unit rawatan rapi (ICU) hari ini selepas mengalami kesukaran bernafas tetapi stabil, kata jurucakap Hospital Albert Einstein dekat Sao Paulo, tempat dia menjalani pembedahan awal bulan ini.

Ia adalah “pendekatan pencegahan,” kata hospital berkenaan dalam satu kenyataan sambil menambah pemain legenda itu kemudiannya ditukarkan ke “unit rawatan separuh intensif” ketika dia terus menjalani pemulihan daripada ketumbuhan kolon.

“Dia kini stabil dalam aspek kardiovaskular dan pernafasan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu hadir tidak lama selepas anak perempuan Pele, Kely Nascimento memuat naik gambar bersama bapanya di hospital bagi menceriakan peminat.





“Ini adalah keadaan pemulihan biasa buat lelaki seusianya. Selepas pembedahan seperti ini, kadangkala anda mengambil dua langkah ke depan, satu langkah ke belakang,” kata Nascimento. – AFP


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/17/insafilah-mesej-yang-di-sampaikan-dari-langit/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker