Taliban buka semula sekolah untuk pelajar lelaki

Taliban buka semula sekolah untuk pelajar lelaki

Taliban buka semula sekolah untuk pelajar lelaki

KABUL: Semua sekolah dan maktab Islam untuk pelajar lelaki dibuka semula di Afghanistan hari ini, kata pentadbiran sementara Taliban.

Agensi Anadolu melaporkan, arahan kembali semula ke sekolah itu khusus untuk guru serta murid yang berada di tahun enam dan ke atas termasuk murid sekolah rendah.

“Semua sekolah menengah dan tinggi serta madrasah rasmi sudah diberitahu mengenai pembukaan sekolah bermula hari ini.





“Dengan itu semua guru dan pelajar lelaki perlu hadir ke institusi pendidikan mereka,” kata kenyataan itu yang dikeluarkan semalam.

Bagaimanapun kenyataan terbabit tidak memaklumkan bila sekolah untuk pelajar perempuan dibuka.

Sebelum ini, pelajar perempuan yang berada dalam kelas tahun satu hingga enam dibenarkan kembali ke kelas masing-masing.

Kerajaan sementara Taliban sebelum ini mengatakan wanita di Afghanistan boleh melanjutkan pendidikan ke semua peringkat dan pengkhususan , tetapi mengikuti kelas berasingan jantina dan mempunyai kod pakaian wajib.

Taliban tidak membenarkan pelajar perempuan hadir persekolahan ketika era pemerintahan pertama mereka yang berlangsung antara 1996 hingga 2001.





Mereka kembali berkuasa di Afghanistan bulan lalu dan menubuhkan kerajaan sementara yang dianggotai oleh 33 menteri. – BERNAMA

Taliban buka semula sekolah untuk pelajar lelaki


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/18/as-akui-tersilap-serangan-dron-di-kabul/

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker