Tragedi Tanah Runtuh Kemensah: 2008 Kerajaan Pusat Pernah Halang Projek Pembangunan Dan 2020 Penduduk Pernah Buat Bantahan

Kira-kira pukul 9:30 malam semalam, berlaku satu lagi kejadian tanah runtuh.

Kejadian yang berlaku di kawasan perumahan penduduk Kemensah, Ampang, Selangor, telah memusnahkan 19 buah rumah dan menjejaskan 28 orang penduduk tempatan.

Namun setakat ini, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut siasatan awal dari Jabatan Bomba & Penyelamat, aliran air di bawah tanah dipercayai sebagai punca kejadian tanah runtuh itu.





Baca di sini:

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/aliran-air-bawah-tanah-punca-tanah-runtuh-di-kemensah-heights/

Namun, dari semakan yang Edisi Siasat lakukan, kami telah menemui beberapa siaran media yang dipercayai mempunyai kaitan rapat dengan punca kejadian tanah runtuh tersebut.

Pada tahun 2008, Perdana Menteri ketika itu, DS Abdullah Ahmad Badawi, telah mengarahkan supaya projek pembangunan lereng bukit dihentikan serta merta.





Namun arahan Perdana Menteri tidak diendahkan dan kerja-kerja menarah dan meratakan lereng bukit berhampiran Kg Kemensah diteruskan.

Penduduk sekitar telah menyuarakan kebimbangan mereka, namun tidak ada yang peduli.

Baca di sini:

http://lagiberita.blogspot.com/2008/12/penduduk-kemensah-bimbang.html?m=1





Kemudian pada akhir tahun 2020, sekali lagi penduduk tempatan melahirkan kebimbangan dengan kerja-kerja pembangunan yang dilihat semakin agresif dan tidak terkawal.

Penduduk tempatan memberikan ingatan, tidak mustahil tragedi Highland Tower akan berulang sekiranya keadaan berterusan.

Baca di sini:

1) https://www.google.com/amp/s/malaysiagazette.com/2020/12/06/cukuplah-jangan-sampai-berlaku-satu-lagi-tragedi-highland-towers/%3famp

2) https://www.google.com/amp/s/www.evolusibina.com/amp/penduduk-taman-kemensah-heights-bantah-projek-pangsapuri





Kerisauan dan bantahan penduduk juga tidak dihiraukan.

Kini, apa yang mereka risaukan sudah menjadi kenyataan.

Memang ada kebenaran siasatan awal pihak Jabatan Bomba & Penyelamat mendapati aliran dan pergerakan air di bawah tanah adalah punca kepada kejadian tanah runtuh.

Namun, apakah punca kepada aliran dan pegerakan air tersebut?





Mengapakah struktur tanah boleh menjadi berongga?

Adakah ianya berkaitan dengan kerja-kerja penarahan dan meratakan lereng bukit oleh pihak pemaju?

Siapakah yang meluluskan kerja-kerja tersebut?

Sudahkah kajian menyeluruh dibuat sebelum kelulusan diberi?

Adakah pihak pemaju mematuhi segala syarat-syarat yang terdapat dalam ‘feasibility report’ yang dikeluarkan oleh PBT?

Siasatan secara telus dan tuntas mesti dilakukan!!!

Kali ini kita bernasib baik kerana tiada jiwa yang terkorban namun tidak selamanya kita akan bernasib baik!!!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker