Guardiola rasa bersalah sekadar seri

Guardiola rasa bersalah sekadar seri

Guardiola rasa bersalah sekadar seri

MANCHESTER: Pengendali Manchester City, Pep Guardiola rasa bersalah selepas rayuannya untuk mendapatkan sokongan lebih padu peminat berakhir dengan keputusan seri 0-0 menentang Southampton.

Guardiola meminta sokongan lebih padu daripada peminat selepas hanya 38,062 orang tampil di Stadium Etihad ketika kemenangan 6-3 ke atas RB Leipzig dalam aksi Liga Juara-Juara Rabu lalu.

Namun dalam menerima kunjungan Southampton, kehadiran penyokong City hampir memenuhi kapasiti 55,000 penonton di Etihad.





Penyokong-penyokong memberikan suasana yang diidamkan Guardiola walaupun prestasi pemain di atas padang tidak mencapai tahap diharapkan.

“Setiap kali permainan tidak bagus saya rasa bersalah terhadap mereka. Mereka datang untuk lihat persembahan, permainan yang bagus dan apabila ia tidak berlaku saya rasa bersalah.

“Saya tidak kata perkara yang salah selepas perlawanan Leipzig. Saya kata kami mempunyai perlawanan yang sukar, termasuk ketika menentang Southampton, dan sokongan peminat amat diperlukan.

Guardiola menyaksikan pengadil Jon Moss mengubah keputusan untuk memberikan penalti kepada Southampton dan melayangkan kad merah kepada pertahanan City, Kyle Walker di babak kedua.

Jaringan Raheem Sterling untuk City pula dibatalkan kerana ofsaid dan ia disahkan menerusi ulang tayang VAR.





Keputusan itu meletakkan City tiga mata di belakang pendahulu, Liverpool dan Manchester United serta Chelsea, yang berpeluang memintas mereka menang ke atas lawan masing-masing malam ini. – AFP

Guardiola rasa bersalah sekadar seri


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/19/klopp-bangga-mane-ledak-gol-ke-100/

Guardiola rasa bersalah sekadar seri

Jaringan Raheem Sterling (dua dari kiri) untuk City dibatalkan kerana ofsaid dan ia disahkan menerusi ulang tayang VAR. – Foto AFP
Guardiola rasa bersalah sekadar seri
Aksi penjaga gol Southampton, Alex McCarthy (kanan) ketika menyelamatkan gawangnya. – Foto AFP
Penyerang Manchester City, Gabriel Jesus (kiri) cuba mengasak pemain Southampton, Mohamed Elyounoussi dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Etihad. – Foto AFP

 





Guardiola rasa bersalah sekadar seri
Penyokong Southampton. – Foto AFP

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker