IQBAL PUTUS ASA KAHWINI VIDA?

IQBAL PUTUS ASA KAHWINI VIDA?

IQBAL PUTUS ASA KAHWINI VIDA?

“Pertama, saya memohon maaf atas viral yang berleretan tentang hubungan saya dengan Datuk Seri Vida. Keputusan saya, saya tidak akan lagi berkeras untuk jadikan Datuk Seri Vida sebagai isteri. Seandainya dia sendiri tidak menuju ke arah perkahwinan. Saya perlu hormati perasaan Cik B dan Kacak. Harus menjaga maruah diri saya yang bertahun-tahun memperjuangkan untuk bernikah.

“Saya tetap menyayangi dia seperti biasa. Saya reda jika kami tidak berjodoh. Setiap waktu saya serius katakan bahawa saya mahu berkahwin. Saya perjuangkan hubungan ini, namun saya risau cinta dia tidak seteguh seperti pengorbanan saya. Saya risau, di saat saya sakit, jatuh adakah dia sanggup ada bersama saya.

“Demi Allah, ini bukan marketing semata-mata meskipun benar dia ada selitkan promosi produk. Namun, perancangan kami untuk berkahwin bukan marketing. Sepanjang hampir tujuh tahun saya mengenali dia, saya tidak pernah menerima apa-apa pemberian barangan besar kecuali pakaian kerja.





IQBAL PUTUS ASA KAHWINI VIDA?

“Namun, tidak dinafikan banyak wang dia telah laburkan untuk saya,” kata bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli yang dilihat reda sekiranya tidak bertemu jodoh serta tidak akan berkeras lagi untuk menjadikan jutawan kosmetik itu sebagai isterinya.


​Disyorkan Untuk Anda :

 


Sejak minggu lalu, hangat diperkatakan mengenai Vida yang dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga dengan Iqbal. Hampir setiap hari ada saja kisah mengenai hubungan cinta mereka yang tidak direstui anak-anak sehingga segelintir netizen mula berasa muak.

Kata Iqbal, dia perlu menghormati perasaan Cik B dan Kacak serta menjaga maruahnya kerana selama ini dia yang bertahun-tahun memperjuangkan untuk berkahwin. Ujar Iqbal lagi, dia masih mempunyai perasaan cinta terhadap Vida namun dia bimbang adakah Vida sanggup bersamanya disaat dia jatuh mahupun ketika sakit.





Dalam pada itu, Iqbal turut memohon maaf di atas kisah cinta mereka yang tular di media sosial sehingga berlarutan sejak sebulan lalu. Pada masa sama, Iqbal mengambil keputusan agar tidak lagi meletakkan harapan untuk berkahwin dengan Vida yang dikatakan enggan menuju ke fasa berumah tangga.

Tetap menyimpan perasaan sayang, Iqbal yang merupakan seorang usahawan juga itu reda sekiranya mereka tidak dijodohkan bersama kerana beranggapan pengorbanannya seakan sia-sia.

Sementara itu, Iqbal menegaskan hubungan mereka itu tidak mempunyai kaitan dengan ‘marketing’ semata-mata seperti yang didakwa segelintir pihak. Malah Iqbal turut memberitahu dia tidak pernah menerima sebarang pemberian barangan mewah daripada Vida sepanjang tujuh tahun mereka berkenalan namun mengakui wanita itu banyak melaburkan duit kepadanya.

Sebelum ini, anak sulung kepada Vida iaitu Cik B menghalang hubungan mereka kerana faktor perbezaan usia 22 tahun antara ibunya dan Iqbal. Kata Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen, 16, dia sangsi mengapa Iqbal, 27, begitu bersungguh untuk memperisterikan Vida yang berusia 49 tahun.

Selepas Cik B secara terbuka menghalang cinta ibunya , kini adiknya, Muhammad Eric Zecquan Muhammad Amin, 14, atau lebih dikenali sebagai Kacak turut senada.





IQBAL PUTUS ASA KAHWINI VIDA?

IQBAL PUTUS ASA KAHWINI VIDA?


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/19/fara-salleh-rimas-masih-diganggu-shuk/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker