Khabar Gembira Untuk Penyokong DS Najib Razak

Khabar baik untuk penyokong DS Najib Razak.

Dalam satu temubual antara DS Najib Razak bersama agensi berita Reuters, beliau menyatakan kesediaan untuk menawarkan diri bertanding dalam Pilihanraya Umum ke 15 yang akan datang.

Bekas Perdana Menteri itu menyifatkan setiap ahli politik yang mahu berkhidmat akan meletakkan hasrat untuk bertanding dalam PRU untuk mendapatkan mandat rakyat.

“Mana-mana ahli politik yang ingin memainkan peranan akan menginginkan kerusi di Parlimen,” katanya.





Bagaimanapun jelas DS Najib Razak, soal sama ada beliau layak untuk bertanding atau tidak dalam PRU akan datang adalah tertakluk kepada tafsiran peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Itu bergantung pada tafsiran daripada segi undang-undang, Perlembagaan dan apa sahaja yang berlaku dalam proses mahkamah,” tambah beliau.

Ini sekali gus menolak khabar angin yang disebarkan oleh sesetengah pihak bahawa DS Najib Razak akan berundur dari dunia politik selepas proses perundangan ke atas kes yang beliau hadapi berakhir.

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker