Khairy Tunjuk ‘Silent Protest’ Keputusan Buka Langkawi Untuk Pelancong?

Keputusan membuka Langkawi kepada sektor pelancongan merupakan kesilapan yang sangat besar dan mendedahkan rakyat kepada gelombang baru jangkitan Covid-19.

Lebih merisaukan apabila dilaporkan pada hari pertama Langkawi dibuka kepada pelancong, 57 jangkitan baru Covid-19 dikesan, peningkatan sebanyak 36 kes jangkitan baru berbanding dari hari sebelumnya.

Ini menjadikan kes aktif Covid-19 di Langkawi adalah sebanyak 598 kes.

Baca di sini:





https://edisisiasat.com/2021/09/18/57-jangkitan-baru-covid-19-di-rekodkan-di-langkawi/

Edisi Siasat merasa terkejut bila Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengumumkan pula Langkawi akan dibuka kepada pelancong asing.

Baca di sini

https://edisisiasat.com/2021/09/16/mahiaddin-langkawi-akan-di-buka-kepada-pelancong-dari-luar-negara/

Tidak hairanlah di era Perikatan Nasional, Covid-19 gagal dikawal!!!





Edisi Siasat tertanya-tanya, mengapa Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, tidak melakukan tinjauan lokasi di Langkawi?

Bukankah sebagai Menteri Kesihatan, beliau sepatutnya berada di lokasi untuk melihat sendiri sejauh pematuhan SOP oleh pelancong yang berkunjung ke Langkawi?

 

Sebaliknya Khairy memilih untuk membuat lawatan ke Hospital Kajang.





Dalam satu perkembangan lain, Khairy mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan beliau sudah hilang keyakinan Malaysia mampu beralih ke fasa endemik pada bulan Oktober ini.

Antara alasan yang diberikan ialah kerana kadar jangkitan yang masih tinggi.

Baca di sini:

https://negaramerdeka.com/khairy-mulai-hilang-keyakinan-fasa-endemik-boleh-bermula-oktober-ini/

Bukankah beliau sendiri yang membuat pengumuman Malaysia akan beralih ke fasa endemik pada bulan Oktober nanti?





Baca di sini:

https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-malaysia-masuk-fasa-endemik-hujung-oktober-khairy-317261%3famp=1

Apakah ini bermaksud Khairy menunjukkan ‘silent protest’ keputusan membuka Langkawi kepada pelancong?

Kalau begini keadaannya, bilakah masalah Covid-19 ini akan selesai?

Sampai bila kehidupan rakyat akan terus diburu kebimbangan?





Kepada Mahiaddin, akuilah kegagalan yang telah dilakukan dan janganlah mencampuri urusan kerajaan menangani Covid-19.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker