Klopp bangga Mane ledak gol ke-100

Klopp bangga Mane ledak gol ke-100
LIVERPOOL: Pengendali Liverpool menganggap jaringan ke-100 Sadio Mane ketika membantu kelab menewaskan Crystal Palace 3-0 sebagai pencapaian membanggakan buat penyerang Senegal itu.
Mane meledak gol berkenaan dalam penampilan ke-224 untuk Liverpool yang turut melonjakkan kelabnya ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris.
Penyerang Mesir, Mohamed Salah dan pemain tengah Guinea, Naby Keita pula menambah jaringan di babak kedua untuk skuad kendalian Klopp, sekali gus memintas Manchester City dengan kelebihan tiga mata.
Mane juga mencatat rekod baharu Liga Perdana Inggeris untuk jumlah perlawanan berturut-turut menentang lawan yang sama apabila seseorang pemain berjaya menjaringkan gol.
Mane juga memperbaiki prestasinya sebagai peledak musim lalu apabila menjaringkan empat gol selepas lima perlawanan pertama pada kempen kali ini.
“Orang tidak nampak untuk 100 gol ini dia bekerja sangat kuat, bertahan untuk kami, memberi tekanan kepada lawan, menyerang balas, membuat umpanan, mencipta peluang.
“Jadi 100 gol hanyalah sebahagian daripadanya, ada banyak lagi angka lain yang tidak kurang pentingnya.
“Saya gembira dia berjaya mencapainya, ia adalah pencapaian besar dalam sejarah kelab di mana hanya 18 pemain pernah menjaringkan 100 gol,” kata Klopp. – AFP
Klopp bangga Mane ledak gol ke-100
Disyorkan Untuk Anda :
- PPBM MAHU SAMA ADA AZMIN ATAU PEJA DI LANTIK SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI
- KHAIRY TUNJUK ‘SILENT PROTEST’ KEPUTUSAN BUKA LANGKAWI UNTUK PELANCONG?
- SELEPAS GELEMBUNG LANGKAWI, GILIRAN GELEMBUNG PULAU REDANG, BARU MENGGELEMBUNG COVID NAIK!!!
- NABILA RAZALI RUGI RM2K
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/19/iqbal-putus-asa-kahwini-vida/