Makkal Sakti Akan Bertanding Atas Tiket BN Dalam PRU 15, MIC Kena Mula Sedar Diri

Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) akan diberikan tempat untuk bertanding di dalam PRU 15 atas tiket Barisan Nasional.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Barisan Nasional yang juga merupakan Presiden UMNO, DS Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Parti Makkal Sakti di Auditorium Umno, Menara Dato Onn.

“Jadikan Makkal Sakti sebagai aset”.

“Saya merasakan apabila diminta, Presiden Makkal Sakti, R S Thanenthiran tadi, untuk calon-calon daripada Makkal Sakti bertanding dalam PRU15 dan telah berbincang dengan rakan-rakan dalam BN, kita akan memberi tempat pada PRU15 dalam Parlimen atau DUN nanti”.





Zahid menegaskan BN mahu menjadi kerajaan semula dan merampas semua kerusi dalam PRU15 dan disebabkan itu, BN perlu menguatkan kedudukan gabungan parti itu.

“Di mata rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini mereka harapkan BN ambil alih kerajaan akan datang,” katanya.

Presiden MMSP, Thanenthiran pada sidang media selepas perasmian itu berkata, pengumuman daripada Zahid untuk memberi peluang kepada calon Makkal Sakti bertanding pada PRU15 amat dinanti-nantikan sekian lamanya.

Beliau berkata, pengumuman itu memberi motivasi kepada Makkal Sakti yang sudah 13 tahun menunggu untuk diberi peluang bertanding bawah bendera BN.

Presiden MMSP, R. S. Thanenthiran berkata, secara peribadi Makkal Sakti telah meminta untuk bertanding di empat kawasan Parlimen dan tujuh kawasan DUN, bagaimanapun terpulang kepada kepimpinan BN untuk memberi kawasan mana untuk calon-calon Makkal Sakti bertanding.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker