PPBM Mahu Sama Ada Azmin Atau Peja Di Lantik Sebagai Timbalan Perdana Menteri

Edisi Siasat mendapat maklumat dari sumber dalaman PPBM bahawa beberapa usaha sedang dilakukan untuk mendesak Ismail Sabri supaya melantik seorang Timbalan Perdana Menteri dari pemimpin PPBM.

Asas kepada desakan tersebut ialah semasa Mahiaddin menjadi Perdana Menteri, beliau telah melantik Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri dan atas laluan serta restu Mahiaddin, Ismail Sabri kini menjadi Perdana Menteri.

Jadi atas semangat membalas jasa, Ismail Sabri mesti melantik salah seorang pemimpin PPBM sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Bagi Edisi Siasat, fakta kepada asas desakan yang digunakan adalah tidak tepat, kerana Mahiaddin bukan memberi laluan tetapi terpaksa meletak jawatan.





Namun, bukan isu itu yang hendak Edisi Siasat bongkarkan kali ini.

Maklumat dalaman PPBM memberitahu terdapat 3 kumpulan di dalam PPBM yang sedang mendesak Ismail Sabri.

Kumpulan pertama, hanya mahu pemimpin PPBM dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri tanpa menamakan siapakah pemimpin itu.

Bagi mereka, tidak kira sama ada Azmin Ali atau Peja atau Hamzah Zainuddin atau mana-mana pemimpin PPBM, yang penting, Timbalan Perdana Menteri mestilah dari PPBM.

Namun mereka lebih selesa sekiranya Peja atau Hamzah dilantik kerana bagi mereka Hamzah dan Peja adalah pemimpin asal dan berjiwa PPBM berbanding Azmin Ali.





Kumpulan kedua pula mahu supaya Peja dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri atas kapasiti Peja sebagai Timbalan Presiden PPBM.

Manakala kumpulan ketiga pula mahu supaya Azmin Ali dilantik sebagai Timbalan Menteri atas kapasiti jawatan Azmin Ali sebagai Menteri Kanan paling kanan dalam kabinet Ismail Sabri.

Senjata yang PPBM gunakan untuk mendesak Ismail Sabri ialah sokongan Ahli Parlimen Perikatan Nasional kepada Ismail Sabri akan ditarik balik sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Ini sudah mereka buktikan dengan menolak pencalonan Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said, sebagai YDP Dewan Rakyat dan pencalonan Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan, sebagai Timbalan YDP Dewan Rakyat.

Mesej mereka kepada Ismail Sabri ialah ‘you ruled but we are the one who will give the order’.





Persoalannya, apakah ada pemimpin PPBM yang layak untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri, sama ada Peja, Hamzah Zainuddin, mahu pun Azmin.

Kalau PPBM tidak berada di blok kerajaan sekarang ini, ketiga-tiganya sudah pasti akan turun naik mahkamah.

Peja dengan kes pendedahan surat Perak Karam yang failnya masih berada di SPRM.

Azmin dengan kes semburit yang siasatannya sampai sekarang masih tidak selesai dan jungan lupa kes jual pasir di Ampang.

Sementara Hamzah pula dengan kes campurtangan dalam menentukan kedudukan pegawai tinggi polis dan beberapa kes lain yang tidak perlu didedahkan di sini.





Segala-galanya terpulang kepada Ismail Sabri…

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker