Selepas Gelembung Langkawi, Giliran Gelembung Pulau Redang, Baru Menggelembung Covid Naik!!!

 

Selepas kerajaan membuat keputusan untuk mencuba ‘try on error’ dengan gelembung pelancongan di Langkawi, kini Kerajaan Negeri Terengganu pula meminta supaya gelembung pelancongan ini dilanjutkan ke Terengganu pula.

EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata tiada halangan untuk usaha itu dipercepatkan memandangkan jumlah kes baharu Covid-19 di Terengganu antara yang terendah di samping kadar vaksinasi penggiat pelancongan di kesemua pulau  yang sudah mencapai 100 peratus.

“Pulau peranginan di Terengganu berbeza dengan di negeri lain kerana kita tidak beroperasi sepanjang tahun dan kini hanya ada masa lebih sebulan lagi untuk ‘bernyawa’ sebelum kedatangan musim tengkujuh”.





“Jadi kita berharap pada minggu depan projek gelembung pelancongan boleh dilaksanakan bermula di Pulau Redang dan Pulau Perhentian”.

“Walaupun sudah beroperasi sejak 1 September lalu, namun beberapa resort masih mengharapkan kedatangan pengunjung dari luar Terengganu,” katanya.

Terpulang kepada Kementerian Kesihatan sama ada mahu mengikut kehendak Kerajaan Negeri Terengganu atau tidak.

Tapi kalau disuruh Majlis Pemulihan Negara buat keputusan, kami yakin, akan segera diberi kebenaran.

Baru betul-betul menggelembung Covid-19 di negara kita nanti!!!





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker