Video Pemandu Mabuk Yang Melanggar Mati Seorang Remaja Lelaki Dan Wanita Nyaris Di Pukul Orang Ramai

Dua remaja maut selepas dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu secara melawan arus di Kilometer 8.5 Lebuhraya Persekutuan, awal pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya dihubungi pada jam 1:51 pagi tadi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 1:58 pagi.

“Setiba di lokasi, bomba mendapati kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton dipandu seorang lelaki secara melawan arus bertembung dengan sebuah Proton Wira Aeroback”.

“Akibat perlanggaran itu, dua mangsa yang menaiki Proton Wira Aeroback, seorang perempuan yang juga pemandu bersama seorang penumpang lelaki di bahagian hadapan tersepit”.

Bomba mengambil masa selama setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.





“Kedua-dua mangsa mengalami cedera parah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM)”.

“Berdasarkan maklumat, mangsa maut, Nur Afiqah Abdul Karim, 18, dan Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19, masing-masing beralamat di Klang dan Pelabuhan Klang”.

“Pemandu Mitsubishi Triton berusia 24 tahun tidak mengalami secara kecederaan,” katanya.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

 





Sumber:

Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker