YUSUF BAHRIN & ZIZI KIRANA RANCANG NIKAH BULAN DEPAN

YUSUF BAHRIN & ZIZI KIRANA RANCANG NIKAH BULAN DEPAN

YUSUF BAHRIN & ZIZI KIRANA RANCANG NIKAH BULAN DEPAN

“Mereka telah menghantar dokumen ke pejabat agama untuk urusan nikah. Sekarang tengah tunggu tarikh saja. Mungkin bulan depan (nikah),” demikian menurut sumber yang mendakwa pelakon Yusuf Bahrin dan penyanyi Zizi Kirana dikhabarkan sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga yang dijadualkan bulan depan.

Panggilan ‘sayang’ yang diungkapkan Yusuf terhadap Zizi dalam satu rakaman yang tular pada awal September lalu nampaknya memberi isyarat hubungan mereka sudah memasuki fasa serius.

Malah Yusuf juga dikatakan telah menyusun jadual penggambarannya agar tidak bertembung dengan majlis dirancang itu. Bagaimanapun usaha pihak media untuk mendapatkan pengesahan daripada mereka berdua gagal apabila Yusuf serta Zizi tidak menjawab panggilan dan membalas mesej.





YUSUF BAHRIN & ZIZI KIRANA RANCANG NIKAH BULAN DEPAN

Meninjau ke laman sosial Instagram, Zizi dilihat telah memuat naik ayat bahasa arab tentang berserah kepada Allah: “Tawakal kepada Allah”.

Sebelum ini kecoh apabila tular rakaman Yusuf memanggil Zizi dengan panggilan ‘sayang’ ketika mengadakan sesi Instagram Live (IG Live) pada awal September lalu.

Gembira melihat peminat teruja dengan kemesraan mereka, pemilik nama Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil ini menjelaskan panggilan itu sekadar gurauan sahaja.

Akui berasa selesa dengan Yusuf, penyanyi berusia 36 tahun ini bagaimanapun ketika dihubungi mStar berkata dia enggan meletakkan sebarang status dalam perhubungan mereka.





Penyanyi lagu ‘Eh’ ini mendedahkan dia mengenali Yusuf ketika rakaman program All Together namun mula berkawan sejak dua bulan lalu menerusi laman Instagram.

Apa-apapun, jika benar khabar gembira ini, kita doakan urusan mereka dipermudahkan.

 

YUSUF BAHRIN & ZIZI KIRANA RANCANG NIKAH BULAN DEPAN


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






https://edisisiasat.com/2021/09/19/fara-salleh-rimas-masih-diganggu-shuk/

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker