Bagnaia tawan MotoGP San Marino

Bagnaia tawan MotoGP San Marino
Pelumba pasukan Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia meraikan kejayaan menjuarai MotoGP GP San Marino di Misano Adriatico, Itali.- Foto EPA.

Bagnaia tawan MotoGP San Marino

MISANO ADRIATICO, Itali: Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia memenangi saingan MotoGP Grand Prix (GP) San Marino, di tempat kelahirannya, di sini, sebentar tadi, selepas bermula dari petak hadapan.

Warga Itali itu yang meraikan penampilan pertama dalam kategori utama dengan kejuaraan di Aragon minggu lalu, berdepan saingan cabaran sengit berterusan daripada pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo sehingga ke garisan penamat.

Namun ia mampu terus bertahan daripada dipintas pelumba Yamaha dari Perancis itu yang kini mendahului Bagnaia dengan kelebihan 48 mata ketika saingan musim ini berbaki empat perlumbaan lagi.

Tempat ketiga menjadi milik juara bertahan, Joan Mir yang kini menghimpun 67 mata keseluruhan.

– AFP





Bagnaia tawan MotoGP San Marino

 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/20/bukan-jaminan-terus-konsisten-cemerlang-jika-sertai-jdt/

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker