Cubaan Mendirikan Kuil Hindu Atas Tapak Masjid Timbulkan Kemarahan Penduduk!!!

Cadangan dan usaha pihak tertentu untuk mendirikan kuil hindu di atas tanah yang telah digazetkan sebagai tapak masjid telah menimbulkan kemarahan penduduk Islam di Taman Indah Baru, Taman Clonee2 dan Bandar Utama Tampin.

Satu memorandum bantahan telah dihantar oleh Jawatankuasa Surau Taman Indah Baru kepada ADUN Kawasan Repah N36, Veerapan A/L Superamaniam (DAP) pada 11 September 2021.

Berdasarkan memorandum, tanah tersebut merupakan hak milik Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Persoalannya, bagaimana sebidang tanah yang telah digazetkan sebagai hak milik Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan boleh diberikan kebenaran untuk dibina kuil hindu?





Apakah hak milik tersebut sudah ditukar?

Siapa yang meluluskan penukaran hak milik itu?

Adakah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam maklum dengan penukaran hak milik tersebut?

Isu ini bukanlah isu remeh kerana ianya membabitkan sensitiviti keagamaan dan siasatan terperinci yang telus mesti dilakukan!!!

Terdapat satu lagi isu yang hampir serupa telah berlaku di Negeri Sembilan yang akan Edisi Siasat dedahkan.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker