Golongan B40 Akan Di Beri Kit Penjagaan Covid-19 Secara Percuma

Perdana Menteri, DS Ismail Sabri berkata, kerajaan memperuntukkan lebih RM471.6 juta bagi tujuan pemberian Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) kepada keluarga di bawah kategori B40 dalam usaha memastikan rakyat terus bebas daripada jangkitan Covid-19.

Usaha itu bertujuan meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah B40 dan pembudayaan normal baharu sekali gus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan wabak tersebut.

Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan akan mengagihkan bantuan PPC yang mengandungi pek pelitup muka guna semula (4 keping setiap keluarga), kit ujian kendiri Covid-19 (empat kit setiap keluarga), satu pulse oximeter, termometer serta risalah panduan penggunaan dan info kesihatan.

Namun beliau tidak menyebut bagaimana dan bila PPC itu akan mula diedarkan kepada golongan B40.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker