Kem pendatang di Pulau Samos, Greece terbakar

Kem pendatang di Pulau Samos, Greece terbakar
SAMOS, GREECE: Sebuah kem pendatang Vathy di Pulau Samos, Greece terbakar dalam kebakaran semalam.
Datuk Bandar Samos, Girgos Stantzos, berkata semua penghuni dipindahkan ke tempat selamat ketika kebakaran berlaku.
Lima jentera bomba digunakan untuk memadamkan kebakaran, sementara Kementerian Imigresen menerusi kenyataan berkata kebakaran itu terkawal.
Beberapa pelarian termasuk kanak-kanak dilihat menangis ketika dibawa berkumpul di kawasan letak kereta berdekatan kem terbabit.
“Mereka yang berada di dalam kem tidak berada dalam keadaan bahaya berikutan kebakaran membabitkan gudang terbengkalai di bahagian barat kem,” menurut kementerian itu.
Kem yang akan ditutup hujung bulan ini masih menempatkan kira-kira 300 orang yang sedang menunggu untuk dipindahkan ke kem baharu.
Kawat duri memagari seluruh kawasan berkeluasan 12,000 meter persegi yang antara lain dilengkapi kamera pemantauan, pengimbas sinar X dan pintu magnetik.
Ia turut menempatkan pusat tahanan pendatang dan pencari suaka yang sudah ditolak dan akan dihantar kembali ke Turki.
Keadaan di kem Vathy sering mendapat kritikan sejak dulu. Ia terletak di satu pulau Aegean yang menempatkan pelarian dari Turki. Antara 2015 dan 2016, ia dihuni hampir 7,000 pencari suaka walaupun kem itu hanya boleh memuatkan 680 orang.
Setahun lalu, kem yang penuh sesak di Moria, di pulau berdekatan Lesbos terbakar dalam dua kebakaran menyebabkan 13,000 orang tanpa tempat berlindung selama beberapa hari. – AF
Disyorkan Untuk Anda :
- PPBM MAHU SAMA ADA AZMIN ATAU PEJA DI LANTIK SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI
- KHAIRY TUNJUK ‘SILENT PROTEST’ KEPUTUSAN BUKA LANGKAWI UNTUK PELANCONG?
- SELEPAS GELEMBUNG LANGKAWI, GILIRAN GELEMBUNG PULAU REDANG, BARU MENGGELEMBUNG COVID NAIK!!!
- NABILA RAZALI RUGI RM2K
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/20/pga-rampas-petrol-cuba-diseludup/