NOURUL DEPP UCAP ‘BYE BYE’ MALAYSIA

NOURUL DEPP UCAP ‘BYE BYE’ MALAYSIA

Nampaknya penyanyi Nourul Depp akhirnya kini berada di dalam pesawat untuk terbang dan berhijrah ke Bali, Indonesia bagi memulakan kehidupan di negara jiran itu.

Dalam beberapa hantaran di laman Instagram, Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab berkongsi beberapa video ketika sedang memuatkan bagasi dan ketika berada di lapangan terbang.

“Bye bye. Dalam ‘flight’ dah. Untuk semua, penghijrahan ini bukan sebab keadaan apa-apa, tapi memang dah rancang dari dulu lagi. Eric (suami) umur 55, sebab itu dapat pergi. Tahun lalu, tak dapat sebab mereka tutup untuk urusan visa. Tahun ini, mereka buka, Alhamdulillah kami dapat pergi,” katanya.





Nourul juga mengucapkan terima kasih kepada pengikut dan peminat yang mendoakan agar segala urusannya sekeluarga dipermudahkan: “Nak ucapkan terima kasih atas doa semua. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Apa-apa, nanti saya akan ‘update’ di YouTube,” ujarnya.

Pada Jun lalu, Nourul memaklumkan mereka sekeluarga bakal berhijrah ke Bali pada pertengahan Julai, selepas lama berhajat untuk berbuat demikian.

Untuk makluman, Nourul dan suaminya, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella 2. Sementara, menerusi perkahwinan terdahulunya bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ayu Nazirah, 23.

NOURUL DEPP UCAP ‘BYE BYE’ MALAYSIA


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/20/sharnaaz-dah-putus-dengan-azira-shafinaz/





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker