PGA rampas petrol cuba diseludup

PGA rampas petrol cuba diseludup
TUMPAT: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) menumpaskan cubaan menyeludup masuk 970 liter petrol ke negara Thailand.
Pegawai Pemerintah Medan, Deputi Superintendan Ku Majidin Che Ku Jusoh, berkata rampasan petrol yang dianggarkan bernilai RM1,988 itu dibuat di dua tempat berasingan iaitu di Kampung Tualang, Pengkalan Kubor dan Kampung Gelang di Pasir Mas.
Beliau berkata, serbuan pertama dibuat di Kampung Gelang Emas pada jam 3.30 petang semalam, ketika pasukan PGA9 meronda.
“Anggota kami ternampak beberapa tong di dalam semak belakang sebuah rumah yang dipercayai berisi petrol,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Ku Majidin berkata, satu jam selepas itu serbuan kedua dibuat di Kampung Tualang, Pengkalan Kubor, iaitu petrol ditemui dalam sebuah stor.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
PGA rampas petrol cuba diseludup
Disyorkan Untuk Anda :
- PPBM MAHU SAMA ADA AZMIN ATAU PEJA DI LANTIK SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI
- KHAIRY TUNJUK ‘SILENT PROTEST’ KEPUTUSAN BUKA LANGKAWI UNTUK PELANCONG?
- SELEPAS GELEMBUNG LANGKAWI, GILIRAN GELEMBUNG PULAU REDANG, BARU MENGGELEMBUNG COVID NAIK!!!
- NABILA RAZALI RUGI RM2K
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/20/pdrm-tiada-terima-laporan-pegawai-sprm-curi-as6-juta/