Puluhan penguin mati disengat lebah
Puluhan penguin mati disengat lebah
PORT ELIZABETH, AFRIKA SELATAN: Lebih 60 ekor penguin yang juga spesies terancam mati akibat sengatan lebah di pantai luar Cape Town, menurut Yayasan Afrika Selatan untuk Pemuliharaan Burung Pesisir, semalam.
“Selepas diperiksa, kami temui sengat lebah sekitar mata 63 ekor penguin.
“Kejadian ini sangat jarang berlaku. Kami tidak menjangkakan ini akan berlaku kerap, ia adalah satu kebetulan. Ada juga lebah yang ditemui mati di tempat kejadian,” kata doktor haiwan klinik yayasan itu, David Roberts kepada AFP.
Kawasan terbabit adalah taman negara dan lebah madu Cape adalah sebahagian daripada ekosistem.
“Penguin itu tidak sepatutnya mati seperti itu berikutan ia adalah spesies terancam kepupusan dan dilindungi,” katanya.
Sementara itu, Taman Negara Afrika Selatan berkata, bangkai burung terbabit sudah dibawa ke yayasan bagi bedah siasat dan sampelnya dihantar untuk ujian penyakit dan toksikologi.
“Tiada kecederaan fizikal luaran ditemui pada penguin berkenaan,” menurut kenyataan taman negara itu.
Hasil bedah siasat menunjukkan semua penguin mempunyai sengatan lebah.
Penguin Afrika, yang mendiami pantai dan pulau di selatan Afrika berada dalam senarai merah Kesatuan Pemuliharaan Semula Jadi Antarabangsa iaitu haiwan yang mempunyai risiko tinggi kepupusan. – AFP
Puluhan penguin mati disengat lebah
Disyorkan Untuk Anda :
- PPBM MAHU SAMA ADA AZMIN ATAU PEJA DI LANTIK SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI
- KHAIRY TUNJUK ‘SILENT PROTEST’ KEPUTUSAN BUKA LANGKAWI UNTUK PELANCONG?
- SELEPAS GELEMBUNG LANGKAWI, GILIRAN GELEMBUNG PULAU REDANG, BARU MENGGELEMBUNG COVID NAIK!!!
- NABILA RAZALI RUGI RM2K
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/20/kem-pendatang-di-pulau-samos-greece-terbakar/