ASHRAF MUSLIM MOHON DOA

ASHRAF MUSLIM MOHON DOA

“Ya Allah. Hari ni bangun tidur rasa sangat-sangatlah sayu, puas pujuk hati ni tapi gagal jugak pagi ni. Memang pagi ni saya paksa diri saya untuk sampaikan berita ini. Saya mohon maaf kepada semua dan meraih doa dari sahabat semua mendoakan ayahandaku Haji Muslim bin Bulat. Diberi kekuatan dan kesembuhan kepadanya.

“Dalam hidup terlalu banyak pengorbanan yang telah ku lakukan tapi yaAllah aku belum sedia lagi utk terima perkara yang tak diingini berlaku terhadap ayahandaku. Apa yang diharapkan sekarang ialah keajaiban yang berlaku terhadap ayah kembali sihat seperti biasa.





“Allahuakbar.. ya Allah.. bantulah kami semua,” tulis pelakon Ashraf Muslim, 40, yang memaklumkan menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, bahawa bapanya, Haji Muslim Bulat telah dijangkiti wabak Covid-19 tahap 5B, beberapa hari lalu dan mendedahkan jantung dan beberapa organ dalaman bapanya didapati rosak.

Difahamkan, bapanya kini sedang menjalani rawatan Unit Rawatan Rapi (ICU), di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur. Dalam pada itu, pelakon kelahiran Telok Mas, Melaka ini mengharapkan ramai mendoakan agar bapanya diberikan kesembuhan dan bebas daripada wabak penyakit berkenaan. Sebelum ini, Ashraf juga pernah disahkan positif Covid-19 pada 12 April tahun lalu.





 

ASHRAF MUSLIM MOHON DOA


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/21/kemalangan-maut-ngeri-di-sungai-siput-perak-amaran-jangan-tenguk-kalau-tidak-kuat/

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker