Biden ulangi pendirian kerjasama erat dengan PBB

Biden ulangi pendirian kerjasama erat dengan PBB
Pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden (kanan) dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres. – Foto AFP

Biden ulangi pendirian kerjasama erat dengan PBB

MOSCOW: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, mengulangi pendirian menjalinkan kerjasama kukuh dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Jaminan itu diberi ketika pertemuannya dengan Setiausaha Agung PBB, António Guterres, menurut kenyataan Rumah Putih.

“Biden bertemu dengan Guterres malam ini. Pertemuan itu antara lain membincangkan mengenai hak asasi manusia sejagat, kebebasan dan undang-undang antarabangsa,” lapor Sputnik yang memetik kenyataan itu.

Turut disentuh dalam pertemuan itu adalah perkara berkaitan pelbagai hala dan mempertahankan demokrasi selain kerjasama untuk menamatkan pandemik COVID-19 serta perubahan iklim.





“Isu global yang kompleks hanya dapat ditangani dengan rumusan global yang benar-benar ikhlas untuk membangun kembali dengan lebih baik.

“PBB memainkan peranan unik untuk kesejahteraan, keselamatan dan keamanan semua,” kata Biden.

Pertemuan dengan Guterres itu agenda pertama Biden sempena Minggu Peringkat Tinggi Pehimpunan Agung PBB (UNGA) Ke-76.

Jurucakap Rumah Putih, Jen Psaki berkata ucapan presiden AS itu tidak akan menyentuh mengenai China atau negara lain yang boleh mencetuskan konfrantasi.

– BERNAMA





Biden ulangi pendirian kerjasama erat dengan PBB


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/21/india-rampas-heroin-bernilai-as-2-7-bilion/

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker