Henry tidak terkejut reaksi Messi

Henry tidak terkejut reaksi Messi
Lionel Messi (tengah) tidak berpuas hati apabila dikeluarkan oleh pengendali Paris Saint-Germain Mauricio Pochettino ketika menentang Lyon. – Foto AFP

Henry tidak terkejut reaksi Messi

PARIS: Thierry Henry mengakui dia tidak terkejut dengan reaksi Lionel Messi ketika dikeluarkan dalam aksi antara Paris Saint-Germain dan Lyon.

Ketika permainan terikat 1-1, Messi, yang tampil buat pertama kali di laman sendiri, dikeluarkan oleh pengendali Mauricio Pochettino dan digantikan dengan Achraf Hakimi.

PSG menang 2-1 tetapi tetapi reaksi Messi terhadap Pochettino ketika dia menuju ke bangku simpanan menjadi topik hangat.

Bintang Argentina itu menjeling tajam ke arah Pochettino dan enggan bersalam dengan pengendali itu, sambil membuat isyarat dengan tangannya yang dia tidak faham dengan keputusan itu.





“Tidak, ia langsung tidak mengejutkan saya. Mungkin dia tidak mahu keluar. Kita tidak tahu apa yang mereka katakan.

“Tidak perlu memulakan kontroversi. Dia pasti mahu terus bermain supaya dia dapat menjaringkan gol,” kata Henry.

Messi masih belum menjaringkan gol untuk PSG dalam tiga penampilannya sejak berpindah dari Barcelona.

Henry pernah bersama Messi di Barca dari tahun 2007 hingga 2010, dan dia yakin bekas rakan sepasukannya itu akan mula memberikan impak buat PSG. – AGENSI


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






 

https://edisisiasat.com/2021/09/21/koeman-pertahan-taktikal-serangan/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker