India rampas heroin bernilai AS$ 2.7 bilion

India rampas heroin bernilai AS$ 2.7 bilion

India rampas heroin bernilai AS$ 2.7 bilion

AHMEDABAD: India merampas hampir tiga tan heroin bernilai sekitar AS$2.7 bilion dari Afghanistan, yang ditahan di sebuah pelabuhan di barat negara itu.

Dua warga India ditahan selepas heroin yang disimpan dalam dua kontena berlabel ‘bedak talkum’ ditemui Pengurusan Perisikan Perolehan (DRI) di Pelabuhan Mundra , di negeri Gujarat, barat India.

Kontena berkenaan, satu dengan hampir 2,000 kilogram (kg) heroin dan satu lagi mengandungi hampir 1,000 kg, berasal dari Afghanistan serta di hantar menggunakan kapal dari sebuah pelabuhan di Iran.





“Pencarian dilakukan di Ahmedabad, Delhi, Chennai, Gandhidham dan Mandvi di Gujarat,” kata DRI dalam satu kenyataan.

Afghanistan adalah pengeluar heroin terbesar dunia, membekalkan antara 80 hingga 90 peratus keluaran global.

Penghasilan heroin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan, membantu membiayai perang Taliban untuk kembali berkuasa di Afghanistan Ogos lalu. – Foto AFP.

India rampas heroin bernilai AS$ 2.7 bilion

 






​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/21/henry-tidak-terkejut-reaksi-messi/

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker